CIRI-CIRI PENGURUSAN MAKLUMAT

Thursday, 28 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK


DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik adalah sesuatu yang berunsurkan kemahiran, kecekapan dan
ketrampilan. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian untuk
mengerjakan sesuatu.

Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju dan progresif. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak semata-mata diukur daripada segi pencapaian lahiriah atau fizikal. Ia selari dengan teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menghasilkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Perkara ini diterjemahkan oleh sekolah-sekolah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara formal mahupun tidak formal. Oleh itu, kemahiran insaniah (generik) atau “Soft Skills” diperkenalkan bertujuan untuk mengembangkan bakat yang ada di dalam diri setiap pelajar supaya lahir sebagai insan yang seimbang daripada semua sudut.

Kearns (2001) mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran yang boleh digunapakai merentasi pelbagai pekerjaan. Cabaran utama yang perlu dihadapi ialah untuk terus menyumbang dalam pembelajaran sejagat dimana individu perlu mempunyai kemahiran teknikal begitu juga dengan kemahiran generik yang memberi kesan kepada tahap fleksibiliti dan kebolehsuaian serta kebolehan dalam proses pembelajaran. 



KEMAHIRAN MAKLUMAT
(DISEDIAKAN OLEH ABDUL HADI BIN AZIZ , PELAJAR PPISMP PAI 2017 SEM 1 IPG TENGKU AMPUAN AFZAN)
Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna. Setiap hari berjuta-juta tranksaksi maklumat dilakukan dalam pelbagai urusan. Berjuta-juta maklumat diproses dan dikeluarkan setiap minit di merata dunia. Hasil dari ledakan maklumat ini, maka teknologi maklumat menjadi sangat penting bagi manusia. Teknologi untuk mengumpul maklumat dengan tepat, memproses data dengan cekap dan teknologi menghantar maklumat dengan cepat sangat diperlukan untuk membantu manusia menguruskan jutaan maklumat masa kini. Oleh itu secara ringkasnya boleh dikatakan sebelum sesuatu maklumat dapat digunakan atau dipersembahkan, maklumat berkenaan mesti melalui beberapa peringkat proses seperti dianalisis, disintesis, ditaksir dan dinilai oleh pengguna.

Masyarakat  pada masa kini ialah masyarakat yang menggunakan maklumat yang mutakhir. Antara tanda sesuatu masyarakat pentingkan maklumat ialah media maklumat banyak digunakan seperti radio, televisyen, telefon dan lain-lain jenis alat elekrtronik. Kedua, bilangan surat khabar dan pembaca akhbar ramai. Ketiga, maklumat senang dan mudah dihantar atau diperolehi. Maklumat juga cepat bergerak di antara satu tempat dengan tempat lain. Keempat, bilangan terbitan buku dan majalah baru juga banyak setiap hari serta masyarakat gemar membaca. Maka, mengesan maklumat memainkan peranan dalam kemahiran maklumat.

Definisi Kemahiran Maklumat. 

Kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan, kecekapan atau kepandaian untuk melakukan sesuatu perkara. Maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu kemahiran maklumat dapatlah diberi maksud sebagai kebolehan atau kemampuan seseorang memperolehi dan menggunakan maklumat. Kemahiran ini amat penting sekali kerana dalam zaman teknologi moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat. Oleh itu kemahiran ini dapat membantu seseorang itu mencari atau memperolehi maklumat dari pelbagai sumber seperti alat elektronik, sumber primer, perpustakaan, agensi-agensi persendirian atau kerajaan dan sebagainya. Kemudian maklumat ini dinilai dan digunakan semula. Maka, maklumat yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan amat penting dalam urusan harian.

Ciri-Ciri Kemahiran Maklumat

Autoriti dapat dilihat daripada dua segi iaitu pihak yang berkuasa atau bertanggung jawab dan pengarang. Hanya maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sumber yang berautoriti sahaja dapat diterima mengenai kesahan dan kebolehpercayaannya.
Ketepatan maklumat.  Maklumat yang hendak disampaikan mesti tepat supaya dapat memberi maklumat yang berguna dan memberi manfaat kepada pihak yang menggunakannya. Maklumat yang tepat adalah maklumat yang bebas daripada sebarang kekurangan atau kesilapan supaya dapat menolong dalam membuat keputusan.

Maklumat yang saksama. Maklumat hendak memenuhi objektif pengguna. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat itu dapat menolong pengguna menyelesaikan masalah ataupun membuat keputusan. Maklumat yang dapat memenuhi obektif ialah maklumat yang tidak mempunyai sifat ‘bias ‘kerana dengan adanya sifat ini maka seseorang atau pihak akan mementingkan kepentingan diri.
Seterusnya, nilai semasa  maklumat. Maklumat yang dikemaskini  adalah amat penting sekali. Faktor masa memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan maklumat yang diterima.

Maklumat yang lengkap dan jelas  Maklumat-maklumat hendaklah memberi satu gambaran yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu perkara. Maklumat-maklumat ini mestilah meliputi semua bidang yang berkaitan. Ini termasuklah mengenai maklumat-maklumat tambahan. Yang penting sekali ialah maklumat-maklumat ini hendaklah sentiasa konsisten.

Sumber-sumber pengesanan maklumat
  •   Kamus
  • Ensiklopedia
  • Atlas.
  • Buku tahunan.
  • Almanak  
  • Buku panduan telefon
  • Graf. 
  • Carta maklumat. 
  • Peta
  • Gambar
  • Majalah.
  • Indeks
  • Bibliografi. 



Ciri-ciri Maklumat Yang Baik 
  •  Tepat - Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat maklumat yang diperolehi, semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.
  • Cepat - Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan. Cepat atau lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi. Maklumat yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi, maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.
  • Lengkap - Tidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat. Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat. Maklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
  • Ringkas - Maklumat hendaklah ringkas, penting untuk menjimatkan masa. Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup. Walau bagaimanapun, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas. Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna.
  • Berkaitan - Maklumat itu hendaklah berasaskan need-to-know. Maklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna. Maklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.






KEMAHIRAN GENERIK: KEMAHIRAN BELAJAR

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA
(DISEDIAKAN OLEH MOHAMAD FADHLAN BIN RAMLI, PELAJAR PPISMP PAI SEM 1 IPG TENGKU AMPUAN AFZAN)

Kemahiran belajar adalah salah satu kegiatan menghafal dan membuat latih tubi oleh para pelajar. Dalam kata yang lain, kemahiran belajar ialah kemahiran mendapatkan maklumat dan membuat rujukan dari pebagai sumber. Secara keseluruhannya, pembelajaran adalah salah satu bidang yang penting untuk perkembangan psikologi setiap pelajar. terdapat pelbagai pendapat daripada pelbagai tokoh falsafah terkenal yang mendefinisikan maksud pembelajaran.

Menurut Gagne (1970) berdasarkan buku yang ditulisnya, pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang dapat dikekal. Menurut ahli falsafah lain pula iaitu Woolfolk,A .(2001) ,pembelajaran bermaksud apabila perubahan berlaku dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara kekal dan berkemungkinan besar perubahan itu berlaku secara disengajakan.
Seterusnya, jika kita lihat dari sudut yang lain, kemahiran belajar mempunyai pelbagai subtopik yang penting. Antaranya ialah kemahiran mengambil dan membuat nota. Membuat nota yang berkesan adalah satu lagi kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran. 

DEFINISI NOTA

Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota adalah penting untuk dilakukan kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Selain itu, nota akan menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Kemudian, mencatat nota juga adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Mengapa perlu membuat nota?
Banyak sebab mengapa nota perlu dibuat dengan tersusun dan lengkap. Antara sebabnya adalah:

  •     Membuat nota adalah cara menyimpan ilmu pengetahuan yang akan digunakan      semula untuk ulangkaji dan persediaan peperiksaan.
  •      Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.
  •       Membuat nota boleh membantu kita menaruh minat yang berterusan untuk belajar.
Menurut Carmen dan Adams (1984), menulis nota juga mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

  • Nota yang tersusun memudahkan pelajar mengenalpasti idea utama kuliah.
  • Menulis nota mebantu pelajar memahami kuliah dengan lebih mendalam.
  • Nota kuliah mengandungi maklumat yang yang mungkin tidak terdapat dalam sumber rujukan yang lain.
Kesimpulannya, terdapat beberapa sebab mengapa perlunya membuat nota yang tersusun dan lengkap. Hal ini kerana ia mampu membantu kita dalam proses pembelajaran.

CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Annotation

Annotation adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Pembuatan nota secara annotation ini boleh dibuat dengan menggunakan pelekat dalam bentuk garis, highlight, bulatkan, tanda soal dan sebagainya.
Contohnya: Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan oleh pensyarah berkaitan format penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:


  •  Isi kandungan
  •  Pendahuluan
  • Refleksi pengalaman
  • Fokus kajian
  • Objektif kajian
  • Kumpulan sasaran
  • Perancangan tindakan
  • Cara mengumpul data


Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)

Nota juga boleh diambil menggunakan outline, iaitu menggunakan frasa atau kata kunci. Outline juga dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil.
Nota Bentuk Jadual (Column Notes)

Column notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Matematik dan Sains. Selain itu, ia biasanya digunakan untuk membaca perbezaan sesuatu tajuk.
Nota Rumusan (Summary Notes)

Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah ditulis dalan perenggan dan diringkaskan. Rumusan ini lebih berfokus kepada isi penting. Nota ini boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri. Terdapat ruangan disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan.

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik adalah melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Ia merupakan satu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat.

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN

-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK

    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri            
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut

PETA MINDA

Salah satu daripada alat yang boleh digunakan untuk meransang kemahiran berfikir pelajar ialah peta minda. Ia telah digunakan untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisme dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera dan orang ramai secara umumnya.

Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.

Ciri-ciri peta minda adalah seperti berikut:
  • Kreatif dan tidak formal.
  • Tajuk diletakkan di bahagian tengah.
  • Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama.
Penggunaan peta minda dapat membantu seseorang mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan di samping mudah memahami konsep sesuatu tajuk.

PEMETAAN I-THINK:

Pemetaan i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Terdapat lapan peta yang dikemukakan melalui pemetaan i-Think. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Peta Bulatan digunakan untuk menjana idea dan mengaitkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Peta Buih digunakan untuk menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya menggunakan kata sifat.

3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Peta Buih Berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara

4.Tree Map (Peta Pokok)

Peta Pokok digunakan untuk membahagikan kepada kategori tertentu atau mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.Brace Map (Peta Dakap)

Peta Dakap digunakan bagi menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ia hanya melibatkan objek yang fizikal (nyata) sahaja. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.Flow Map (Peta Alir)

Peta Alir digunakan untuk membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran dan urutan sesuatu proses atau perkara.

7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut.

8.Bridge Map (Peta Titi)

Peta Titi digunakan untuk mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan 
pelbagai perkara dan memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.



Image result for pemetaan i think

ALAT-ALAT CORT 1

Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) adalah antara alat yang sering digunakan oleh golongan pendidik yang mana telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono. Program CoRT mengandungi enam bahagian CoRT, iaitu:

1. CoRT 1: Keluasan persepsi
2. CoRT 2: Organisasi proses berfikir
3. CoRT 3: Interaksi, Argumen, Pemikiran kritis
4. CoRT 4: Pemikiran kreatif
5. CoRT 5: Maklumat dan perasaan
6. CoRT 6: Tindakan

TEKNIK-TEKNIK CoRT 1:
     
     1. PMI ( Plus Minus Interesting )
    
    -Baik, buruk, menarik
         -Melatih pelajar berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang seseatu situasi.
    
     2. CAT (Consider All Factors)
           
           -Ambil kira semua factor
-Melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh.

     3. C & S (Consequences & Sequal)
           
           -Kesan dan akibat daripada kesan.
- Melatih pelajar berfikir dan menjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.

     4. AGO (Aim Goal Objective)
            
            -Tujuan, Matlamat, Objektif
 -Melatih pelajar berfikir agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
     
     5. FIP (First Important Priorities)
             
             -Keutamaan
 - Melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut kepentingan dan keutamaan.
     
     6. OPV (Other People View)
            
           -Pandangan Orang Lain.
- Melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan.

RUJUKAN

BUKU

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, Siri Kemahiran Generik: Kemahiran Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Seri Bunian Mokhtar, Saemah Rahman dan Mohd Yusof Husain, 2016, Pemerkasaan Kemahiran Generik Pelajar, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Gagne, R. M, 1970, The Conditions of Learning. (2nd Ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.
Carmen, R.A. dan Adams, W.R. (1984), Study Skill. Canada: John Wiley & Sons, Inc.
Mohammad Shatar Sabran.(2005).7 Rahsia Kecemerlangan Akademik.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon dan Aliza Adnan, 2014, Kemahiran Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

INTERNET

Diakses pada 25 September 2017:

https://sites.google.com/site/debbystanis/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota

Kemahiran Generik: Kemahiran berfikir

Oleh: Izzat Amiruddin Bin Abdullah Zawawi

Kemahiran berfikir telah dikurniakan kepada semua manusia tetapi semuanya atas kesedaran seseorang itu untuk menggunakan kemahiran berfikir dengan baik. Kelebihan manusia kerana telah dikurniakan akal pemikiran untuk digunakan dalam kehidupan. Dalam penggunaan akal yang bijak, manusia dapat membuat pelbagai perkara seperti:
  • ·         Proses penaakulan
  • ·         Membentuk konsep
  • ·         Memahami fenomena yang diperhatikan

Kemahiran berfikir juga dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah diikuti dengan melakukan refleksi atau metakognitif. Kemahiran berfikir juga boleh dikaitkan dengan kemahiran kritis dan kreatif. Dalam al-quran juga mempunyai banyak ayat yang menekankan tentang konsep berfikir sebelum emlakukan sesuatu dan ahli bijak pandai juga banyak melakukan kemahiran berfikir untuk merumuskan sesuatu perkara yang rumit.

Kepentingan kemahiran berfikir
  • ·         Belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain
  • ·         Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya pelajar dapat mengawal, mengarah dan mengukur kemajuan pelajaran.
  • ·         Pelajar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan
  • ·         Perkembangan ilmu akan terus meningkat dan kian maju.


Kepentingan berfikir secara kreatif dan kritis sebagai komponen kemahiran berfikir

Kepentingan kemahiran berfikir adalah untuk merealisasikan Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara yang maju standing dengan negara luar dengan memastikan setiap masyarakat mempunyai pemikiran kelas pertama dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran berfikir juga penting untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik sekaligus memudahkan pengajaran di sekolah bagi seorang cikgu kerana mempunyai pelajar yang mempunyai pemikiran aras tinggi. Hal ini kan memastikan pendidikan di negara kan meningkat naik setaraf dengan negara luar seperti Finland, China dan lain-lain.
Sebagaimana yang kita ketahui, sebagai seorang guru mestilah memberi penekana yang penuh semasa sesi pembelajaran kerana ia akan mewujudkan proses berfikir dalam kalangan pelajar kerana proses berfikir boleh wujud dengan sendirinya semasa proses belajar. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan daya intelek untuk memudahkan setiap pelajar untuk bersaing dengan orang luar seperti dalam pertandingan “Olympiad Mathematic” peringkat antarabangsa. Dengan adanya proses berfikir pelajar dapat mengelakkan kesilapan yang mudah seperti:
  • ·         Terburu-buru
  • ·         Sempit
  • ·         Kabur
  • ·         Bercelaru
  • ·         Cuai


Kemahiran berfikir dari perspektif sejarah

Socrates telah menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana atau membuat sesuatu idea yang bernas. Menurutnya lagi, untuk menggalakkan seseorang berfikir dengan baik, soalan “aras tinggi” mestilah digunakan di dalam sesuatu soalan.
Idea yang dibuat oleh Socrates telah dikembangkan oleh anak muridnya iaitu Aristotle dan Plato dan pada tahun 1996, Bloom telah memperkenalkan istilah “Aras pemikiran” untuk menentukan aras pemikiran seseorang. Soalan aras tinggi digunakan untuk mencapai idea yang bernas seperti:

  • ·         Mengapa
  • ·         Kenapa
  • ·         Bagaimana
  • ·         Bila
  • ·         Siapa

Definisi kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir bermaksud kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai sesuatu kewajaran idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat sesuatu keputusan dengan wajar dengan menggunakan alas an yang baik dan kukuh.
Menurut Edward (1976)
  • ·         Kemahiran pemikiran adalah perkaitan dengan pemikiran literal yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan kepelbagaian perspektif bagi menyelesaikan masalah

Menurut Swartz (1989)
  • ·         Beliau menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyatupadukannya dengan maklumat baru.

Menurut Ruggerio (1988)
  • ·         Proses pemikiran mestilah mempunyai hala tuju @ matlamat untuk memastikan setiap individu dapat mengawal proses berkenaan iaitu proses berfikir

Menurut Chaffee (1989)
  • ·         Beliau mendefinisikan pemikiran sebagai aktivit mental yang mempunyai tujuan dan tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.


Menguasai proses kemahiran belajar
  • Kemahiran belajar telah disusun mengikut hierarki daripada proses kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Setiap pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang asas sebelum mempelajari proses yang lebih kompleks.

Contoh: pelajar seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza dan mengumpul dan mengelas.

Ciri-ciri kemahiran berfikir
Membanding dan membeza
  • ·         Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  •       Kemahiran ini digunakan untuk mencari dua atau lebih kemungkinan dan membuat keputusan yang tepat setelah menelitinya dengan baik.

Mengumpulkan dan mengelaskan
  • ·         Proses ini ialah dengan mengumpulkan dan mengasingkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, sifat dan lain-lain.
  •        Kemahiran ini kebanyakannya digunakan semasa mempunyai maklumat yang terlalu banyak dan mempunyai maklumat yang tidak tersusun

Membuat inferens
  • ·         Setiap pelajar hendaklah membuat kesimpulan awal mengenai sesuatu perkara untuk memudahkan kita mengetahui sebab yang sebenar.
  •        Kemahiran ini dijalankan supaya kita melakukan perancangan dengan rapi dan tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan hal ini akan memudahkan kita untuk menganalisis sebab dan akibat keputusan dengan baik.


Strategi kemahiran berfikir
  Mengkonsepikan
  • ·     Membuat pengikatan kearah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Membuat keputusan
  • ·         Memlilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik dariapda beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk membuat suatu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian. Ia juga untuk menetukan cara penyelesaian yang terbaik digunakan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Kesimpulannya
Kemahiran berfikir amat penting dalam memastikan setiap pelajar dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik sekaligus dapat mengelakkan sesuatu keputusan yang tidak mendatangkan faedah. Justeru, dengan adanya pelajar yang menggunakan kemahiran berfikir dengan baik akan memastikan negara kita mudah untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini akan menyebabkan negara kita akan menjadi setanding dengan negara luar sekaligus dapat menarik minat orang luar untuk belajar id negara kita kerana pendidikan di negara kita sudah menjadi setanding dengan negara lain.